Pejabat Pendidikan Daerah Rompin

Latar Belakang

Muka Hadapan
Latar Belakang
Akademik
Staff
Carta
Aktiviti
Kalendar
Link
Peta
Hubungi Kami


The teacher, if indeed wise, does not bid you to enter the house of their wisdom, but leads you to the threshold of your own mind - Kahlil Gibran

VISI

Rompin Cemerlang 2010


MISI

Melahirkan Pendidik dan Pelajar Yang Terbilang Dari Segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek Dalam Persekitaran Sekolah Gemilang


Pernyataan Misi

Kami Warga Pendidikan Daerah Rompin Dengan Sokongan Dan Kerjasama Jabatan Pelajaran Pahang Dan Kementerian Pelajaran Malaysia Sedia Melaksanakan Amanah Sebagai Agen Perubahan Yang Bertakwa Dan Berketrampilan Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara Dalam Usaha Mencapai Kecemerlangan Pendidikan Menuju Al-Falah.

Matlamat

Pejabat Pelajaran Daerah Rompin Memastikan :
1-Warga Pendidikan Sentiasa Berdisiplin dan Berakhlak Mulia
2-Pengurusan dan Perkhidmatan Sentiasa Berkualiti
3-Tahap Profesionalisme Di kalangan Warga Pendidikan
Sentiasa Berkualiti 4-Pencapaian Akademik Sentiasa Cemerlang
5-Mempunyai Semangat Berdaya Saing
6-Sekolah Sebagai Pusat Kecemerlangan Kokurikulum
7-Persekitaran Sekolah Yang Kondusif
8-Kebajikan Warga Pendidikan Sentiasa Diberi Keutamaan
9-Permuafakatan Warga Pendidikan Dengan Komuniti Sentiasa Harmoni
10-Menguasai Kemahiran Teknologi dan Komunikasi.



KAMI WARGA PEJABAT PELAJARAN DAERAH ROMPIN DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :

Memberikan layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
Menentukan segala surat aduan dan rayuan diberi jawapan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari daripada tarikh diterima.
Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cekap.
Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.

OBJEKTIF

1-Memastikan amalan pengurusan dan perkhidmatan pendidikan di sekolah mematuhi pekeliling kemajuan pentadbiran awam dan pekeliling yang lain

2-Memastikan setiap sekolah melaksanakan program-program profesionalisme secara berterusan

3-Memastikan setiap warga pendidik mengikuti program peningkatan profesionalisme sekurang-kurangnya tiga kali dalam masa setahun perkhidmatan

4-Memastikan guru menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

5-Memastikan setiap sekolah menubuhkan badan kebajikan dan melaksanakan keperluan kebajikan warga pendidik

6-Memastikan warga pendidikan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni supaya menjadi role model kepada masyarakat

7-Membasmi buta huruf di Tahun Satu berdasarkan kriteria celik huruf yang ditentukan

8-Mencapai 100% lulus dan GPS cemerlang dalam akademik

9-Meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan dan keceriaan berasaskan piawaian 3K

10-Dapat menyertai dan berdaya saing semua jenis aktiviti kokurikulum di peringkat negeri

11-Memastikan pasukan daerah menjadi Johan dalam sekurang- kurangnya 20 jenis pertandingan kokurikulum di peringkat negeri

12-Memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah peserta daerah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan

13-Memastikan setiap sekolah menubuhkan badan kebajikan dan melaksanakan keperluan kebajikan warga pendidikan

14-Memastikan warga pendidikan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni supaya menjadi role model kepada masyarakat

Our School * Any Street * Anytown * US * 01234

Copyright © 2006 PPD Rompin, Pahang.